Sukacitanya kami ingin memaklumkan tentang pelantikan Sr Hikmah Kamarudin sebagai Penasihat Aksesibiliti MASAA untuk sesi 2019-2020. 
 

Beliau merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam. Kepakaran beliau adalah dalam bidang   Accessibility issues in the built environment / universal access. 

 

Kini beliau sedang menunggu untuk Viva Voce PhD University of Birmingham untuk tesis beliau yang bertajuk “Physical  Access for Disabled People’s Inclusion. The Case of Kuala Lumpur”. 

 

Semoga dengan kepakaran beliau dalam bidang berkaitan aksesibiliti dapat diimplementasikan bersama MASAA sebagai sebuah pasukan bagi mewujudkan persekitaran yang bebas halangan/mesra OKU sepertimana yang diterapkan melalui Sustainable Development Goal (SDG)  Inclusion of Person with Disabilities : Strategies for Leaving No One Behind.

 

Tahniah kami ucapkan. 

 

Share This Article