Telah berlangsungnya kursus “Training of Trainer of Disability Equality Training (TOTDET) 2019” pada 29 Oktober – 8 November 2019 bertempat di Majlis Kebajikan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM).
Kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan OKU ini telah dihadiri oleh 18 peserta daripada pelbagai agensi/organisasi.
Persatuan Advokasi Kecederaan Saraf Tunjang Malaysia telah diwakili oleh Saudara Mohd Rizal Mat Noor (Pengerusi) dan Dr Basri Husin (Setiausaha).
DET merupakan satu kaedah yang komprehensif untuk memahami isu-isu berkaitan ketidakupayaan berasaskan pada perspektif Model Sosial. Latihan ini telah digunapakai di peringkat antarabangsa dan memberi kesan yang positif terutama bagi mewujudkan persekitaran dan masyarakat yang bersifat inklusif.
Matlamat utama DET ialah mengubah pandangan dan persepsi masyarakat terhadap isu ketidakupayaan (disability) disamping dapat mengenalpasti puncanya. Bukan itu saja, peserta dapat membezakan antara kekurangan/kecacatan (impairment) dengan ketidakupayaan (disability).