Isu pekerjaan dalam kalangan OKU merupakan antara isu utama yang membelenggu komuniti OKU di negara ini.
Walaupun kerajaan telah melancarkan dasar 1 peratus dalam usaha membantu komuniti ini untuk mendapatkan pekerjaan, namun secara realitinya kita masih belum mencapai peratusan tersebut.
Dalam laporan akhbar Berita Harian baru ini, pengambilan pekerja OKU di sektor awam di negara ini masih rendah iaitu sekitar 0.31 peratus.
Dalam usaha memberi peluang OKU Bekerja, kerajaan turut mengalu-alukan sektor swasta supaya melaksanakan dasar pengambilan kerja OKU satu peratus.
Oleh yang demikian sekiranya, terdapat majikan yang menggaji OKU, terdapat 3 kelebihan kepada majikan/syarikat yang boleh dinikmati sekiranya mengambil OKU bekerja:-
-
Manfaat Petama
Majikan yang mengupah OKU bekerja boleh menuntut potongan cukai sebanyak 2 kali ganda bayaran gaji OKU setahun.
-
Manfaat Kedua
Majikan yang memberi kemahiran/latihan kepada OKU, boleh mendapat potongan berganda mengikut amaun/perbelanjaan yang ditanggung dalam latihan mana-mana OKU)
-
Manfaat Ketiga
Majikan boleh mendapat potongan tunggal bagi sebarang kos pengubahsuaian kemudahan syarikat bagi kepentingan OKU seperti penyediaan kemudahan tandas OKU, peralatan untuk OKU Bekerja dan sebagainya
Selain itu, dalam usaha menarik minat OKU untuk bekerja, Kerajaan juga turut memperkenalkan Elaun Pekerja Cacat sebanyak RM400 sebulan seorang sebagai suatu untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.
Kriteria KHUSUS untuk EPC ini mestilah:
Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
Berumur 16 tahun dan ke atas;
Pemegang kad OKU JKM;
Pendapatan bulanan RM1,200.00 dan ke bawah;
ATAU
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan
kelulusan KPKM.
Rujukan
1) Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia
Baca juga artikel “SCI DAN KEHIDUPAN YANG AKTIF”
