Program JOM KAYAK-KAYAK RAYA: Memperkasa Komuniti Kecederaan Saraf Tunjang Melalui Aktiviti Fizikal Komuniti

Kayak Raya 2024 1

Program JOM KAYAK-KAYAK RAYA yang diadakan pada 20 April 2024 (Sabtu) dari 8:00 pagi hingga 12:30 tengahari di Anjung Floria, Putrajaya telah membawa nafas baharu dalam usaha memperkasakan komuniti kecederaan saraf tunjang.

Program ini adalah hasil kerjasama erat antara Pusat Kajian Rehabilitasi dan Keperluan Khas (ICaRehab), Fakulti Sains Kesihatan UKM bersama Persatuan Advokasi Kecederaan Saraf Tunjang Malaysia (MASAA) dan Persatuan Orang Kurang Upaya Putrajaya (PROcJAYA).

PARAFiT (Paraplegia Fitness Integrated Training) direka khas untuk membantu meningkatkan kecergasan fizikal, kesihatan jantung, kekuatan otot serta interaksi sosial individu dengan kecederaan saraf tunjang.

Aktiviti utama termasuk berkayak yang mencabar kekuatan tubuh, koordinasi dan keberanian peserta untuk berpindah dari kerusi roda ke kayak, seterusnya mengayuh di atas air dengan penuh semangat.

Program sebegini wajar diteruskan dengan pelbagai aktiviti lain seperti memancing, berkemah atau lain-lain aktiviti fizakal demi memperkukuh kesejahteraan komuniti kecederaan saraf tunjang.

Para peserta yang terdiri daripada pelajar fisioterapi tahun akhir UKM turut membantu memastikan keselamatan dan memberikan bimbingan teknikal sepanjang program berlangsung. Kebanyakan individu memberikan maklum balas yang sangat positif dan bersemangat untuk menyertai lagi pada masa akan datang.

Program ini diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada MASAA serta Penasihat MASAA, YBrs. Profesor Nazirah Hasnan, Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya yang turut hadir untuk memberikan sokongan.

MASAA ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dan menjayakan program ini. Terima kasih atas semangat, kerjasama dan dedikasi demi memastikan komuniti SCI terus maju dalam aspek fizikal, mental dan sosial. Bersama kita menjadikan inklusiviti sebagai realiti.

GALERI