Bengkel Pembaharuan Pilihanraya Inklusif telah di adakan di Hotel Royal Bukit Bintang pada 19 November 2019 dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Bengkel ini merupakan anjuran National Council for the Blind Malaysia (NCBM) yang dihadiri oleh pelbagai NGO termasuk MASAA yang diwakili oleh Saudara Mohd Rizal Mat Noor selaku Pengerusi Persatuan.
Projek Pembaharuan Pilihan Raya Inklusif di Malaysia bertujuan untuk mengukuhkan libat urus dan dialog berkait integrity pilihan raya demi memastikan pembaharuan yang dicadangkan adalah bersifat inklusif serta membina keyakinan dalam kalangan pihak berkepentingan terhadap proses pilihan raya di Malaysia. Komuniti orang kurang upaya yang terpaksa berhadapan dengan diskriminasi terus dibelenggu dengan pelbagai kekangan di bawah kerangka undang-undang sedia ada. ERC dan proses pembaharuan pilihan raya membuka peluang bagi menghadirkan perubahan-perubahan dalam kerangka perundangan berhubung system pilihan raya di Malaysia. Hasil dapatan daripada bengkel ini berguna dalam mewujudkan persekitaran yang membolehkan kerangka perundangan pilihan raya yang lebih inklusif untuk semua orang kurang upaya.