#TindanChallenge MENGUNDANG RISIKO LUMPUH SEUMUR HIDUP

Cabaran #TindanChallenge begitu ghairah dilakukan oleh para netizen selepas viral satu gambar di internet oleh sekumpulan pemuda dari luar negara yang mengambil gambar secara “menindih” antara satu sama lain dari bawah ke atas.

Namun begitu, tahukah anda bahawa aksi sebegini boleh mengundang beberapa risiko kesihatan. Antara risiko terbesar adalah “LUMPUH SEUMUR HIDUP” akibat daripada kecederaan tulang belakang atau kecederaan dalaman pada saraf tunjang.

PUBLIC HEALTH MALAYSIA berkongsikan tentang risiko aksi sebegini.

NGERI!

Itu reaksi seorang doktor pakar rehabilisasi apabila melihat gambar #TindanChallenge di kongsi baru baru ini.

Ibu bapa sekalian, kanak kanak masih lagi di fasa tumbesaran, tulang dan otot mereka masih lagi berkembang, rapuh dan mudah cedera.

Bebanan di bahagian tulang belakang dan tengkuk menyebabkan mereka berisiko untuk mendapat kecederaan tulang belakang dan kecederaan saraf tunjang.

Kecederaan ini juga sering berlaku apabila kanak kanak terjatuh dari tempat tinggi.

Komplikasi dari kecederaan tulang belakang menyebabkan risiko lumpuh seumur hidup. Berbaloikah mengejar gambar viral sehingga sanggup mempertaruhkan keselamatan anak anak?

FAKTA MENGENAI KECEDERAAN TULANG BELAKANG DIKALANGAN KANAK KANAK

✅ Kemalangan dan JATUH merupakan antara punca utama kecederaan tulang belakang di kalangan kanak kanak.
✅ 20% kecederaan saraf tunjang dan tulang belakang berlaku kepada REMAJA & KANAK KANAK.
✅ Insiden untuk menjadi kacacatan tulang bengkok (skoliosis) akan meningkat 90% sekiranya seseorang mengalami kecederaan semasa kanak kanak.
✅ Kanak kanak lebih berisiko untuk LUMPUH sekiranya alami kecederaan tulang belakang.
✅ KOMPLIKASI bagi kanak kanak dan remaja yang mengalami kecederaan tulang belakang adalah lebih tinggi.
.

Ibu bapa, sila ambil perhatian akan perkongsian ini, janganlah terlalu galak mengejar “like” dan “Viral” sehingga sanggup membiarkan anak anak membuat formasi merbahaya  seperti ini.

Kecederaan tulang belakang bukan main main, ketika itu air mata darah sekalipun tidak akan menebus ribuan like yang anda terima 🙏🏻🙏🏻

Katakan TIDAK untuk #TindanChallenge

Sumber: Public Health Malaysia