LAWATAN MUHIBBAH MASAA KE HRC DAN WAD 1C (SPINAL)

Lawatan Muhibbah Persatuan Advokasi Kecederaan Saraf Tunjang Malaysia (MASAA) ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) dan Wad 1C (wad spinal) telah dilakukan pada 14 Disember 2018 (Jumaat). Lawatan ini disertai oleh 4 orang jawatankuasa MASAA iaitu Saudara Mohd Rizal Mat Noor (Pengerusi MASAA), Dr Basri Husin (Setiausaha), Puan Nor Shaadah binti Arshad (Timb. Setiausaha) dan En. Azhari Ibrahim (Bendahari).


Antara tujuan lawatan ialah melihat kemudahan yang disediakan HRC, kaedah pemulihan yang lestari serta membina jalinan usahasama dengan pihak HRC dari kumpulan sokongan (support group) bagi membimbing rakan SCI untuk kembali ke dalam masyarakat.
Lawatan bermula pada jam 10.00 pagi apabila wakil HRC iaitu Puan Zaiton Ibrahim selaku Pegawai Perhubungan Awam (HRC) memberi taklimat di Perpustakaan tingkat 1 tentang operasi HRC. Selanjutnya Pengerusi Persatuan memperkenalkan secara ringkas MASAA kepada HRC.
Selanjutnya pihak MASAA di bawa menziarahi ke wad 1C (wad spinal). Pihak MASAA di sambut oleh Dr Noor Bismillah Ahmad Kasah dan Dr Siti Suhaida Sudin yang merupakan Pakar Perubatan Rehabilitasi HRC. Kami diperkenalkan dengan beberapa orang pesakit dan juga pegawai perubatan (MO) serta dimelihat beberapa kemudahan di wad.
Setelah itu, satu sesi support group diadakan di wad bagi memberi semangat dan sokongan kepada pesakit baharu dalam menyelami perasaan mereka selepas mendapat kecederaan saraf tunjang.
Lawatan berakhir pada jam 4.00 petang
Lain-lain gambar.