Share This Article

Pada 12 Oktober 2019, telah berlangsungnya program Break The Barrier Between Us Fasa 1 bertempat di Astaka, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Kampus Gambang pada jam 8.00 malam sehingga 11.00 malam. Program ini telah mendapat penglibatan seramai 192 orang mahasiswa UMP serta 22 ahli jawatankuasa dari Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PERSIS) UMP. Panel jemputan bagi program ini ialah Dr. Basri bin Husin yang merupakan Setiausaha Persatuan Advokasi Kecederaan Saraf Tunjang Malaysia manakala saudari Siti Hawa binti Apandi seorang pelajar Doktor Falsafah di UMP.

 

Tujuan program ialah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai bagaimana golongan kurang kemampuan upaya ini mengharungi liku-liku kehidupan serta pengurusan kehidupan dan pandangan masyarakat terhadap mereka. Program ini juga menjadi satu platform untuk insan istimewa ini berkongsi kisah pahit manis kehidupan mereka dalam mencapai sesuatu kejayaan dalam serba kekurangan.

 

Follow Us on Social Media