Persatuan Advokasi Kecederaan Saraf Tunjang Malaysia (MASAA) dengan kerjasama Persatuan Spinal Pantai Timur (PSPT) telah berjaya menganjurkan satu program webinar bertajuk “10 Perkara Mesti Tahu Tentang Proses Penuaan Dengan Kecederaan Saraf Tunjang (SCI)” pada Ahad, 18 Mei 2025, dari jam 11:00 pagi hingga 12:30 tengah hari.
Program ini telah dijalankan secara dalam talian melalui platform Zoom Meeting dan turut disiarkan secara langsung di Facebook Live MASAA.
Webinar ini dianjurkan bertujuan untuk:
-
- Memperkuat jaringan sokongan antara komuniti SCI, profesional kesihatan dan NGO advokasi.
-
- Meningkatkan pemahaman mendalam tentang cabaran penuaan dalam kalangan individu SCI.
-
- Menyediakan garis panduan penjagaan kesihatan bagi mencegah komplikasi jangka panjang.
-
- Memperkasa komuniti SCI, ahli keluarga dan penjaga melalui perkongsian maklumat tepat.
Program ini menampilkan penceramah Dr. Intan Sabrina Mohamad, Pakar Perubatan Rehabilitasi, Hospital Sultan Idris Shah & ReGen Rehab Hospital, dan moderator Dr. Noor Khairiyah Mustafa, Timbalan Setiausaha MASAA.
Kedua-dua tokoh ini telah memberikan input yang sangat bernilai, menyentuh topik-topik penting seperti perubahan fizikal, mental dan emosi dalam proses penuaan SCI, risiko kesihatan, serta strategi pencegahan dan penjagaan berterusan.
Webinar ini menerima sambutan menggalakkan dengan penyertaan daripada pelbagai latar belakang termasuk:
-
- Individu SCI
-
- Ahli keluarga SCI
-
- Petugas kesihatan seperti jururawat, fisioterapi, dan jurupulih cara kerja
-
- Sukarelawan NGO serta komuniti umum
Maklum balas yang diterima menunjukkan peserta sangat menghargai peluang pembelajaran ini dan berharap agar lebih banyak sesi seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Pihak MASAA ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk penceramah, moderator, peserta, dan sukarelawan yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Komitmen dan sokongan daripada semua pihak amat penting bagi memastikan usaha advokasi dan pendidikan komuniti SCI dapat diteruskan secara mampan.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti MASAA, sila layari laman web rasmi kami di www.masaa.org.my atau hubungi melalui emel masaasci@gmail.com.
Rakaman Webinar
Bagi mereka yang terlepas sesi siaran langsung, rakaman penuh webinar boleh ditonton melalui pautan berikut:
https://youtu.be/TqYfE30i8cg




