Kebanyakan pemandu berkerusi roda berdepan kesukaran ketika ber­urusan di stesen minyak.

Adakalanya pemandu perlu hon dengan kuat bagi memohon pembantu mengisi minyak kenderaan. Dalam situasi yang lain, ada OKU perlu turun dari kereta bagi mengisi sendiri disebabkan faktor tertentu.

Oleh yang demikian, inisiatif penyediaan perkhidmatan khas untuk membantu orang kurang upaya (OKU) amat diperlukan dengan menyediakan sistem interkom di pam khas bagi memudahkan urusan OKU mengisi minyak. Selain itu juga penyediaan parkir OKU dan tandas OKU perlu disediakan bagi memudahkan OKU berurusan di stesen Minyak.

Buat masa sekarang ada beberapa pengusaha stesen minyak yang mengambil Inisiatif penyediaan sistem interkom ini seperti Stesen minyak Shell di Presint 16 dan 18, Putrajaya.

Oleh yang demikian, kami menyeru agar syarikat stesen minyak lain seperti:

PETRONAS
Shell
Petron
Caltex
BHP

dan lain-lain turun sama mengambil Inisiatif seperti ini bagi membantu OKU di stesen minyak.

Sumber photo; Facebook dan Internet.

Follow Us on Social Media