Siri 1 Peer Support Group MASAA 2025 (31 Mei)

Siri 1 Peer Support Group MASAA 2025 (31 Mei)

Siri pertama Peer Support Group (PSG) MASAA 2025 telah berlangsung dengan jayanya secara online melalui platform ZOOM pada 31 Mei 2025 (Sabtu) 11.00 pagi hingga 12.30 tengahari.

Sesi dimulakan dengan ucapan penuh semangat oleh Pengerusi MASAA, En. Rizal Mat Noor, yang mengingatkan peserta tentang pentingnya hadir bersama hati terbuka.

Seterusnya, Puan Hamidah, Timbalan Pengerusi MASAA, membentangkan Garis Panduan Do’s and Don’ts untuk Peer Support Group SCI, memastikan sesi berlangsung dalam suasana yang selamat, menghormati, dan menyokong.

DO’s (Yang Patut Dibuat):

  1. Hormati privasi & kerahsiaan
  2. Dengar dengan empati
  3. Kongsi dari perspektif diri sendiri
  4. Beri peluang semua bersuara
  5. Sokong dengan ikhlas
  6. Datang dengan niat baik
  7. Hormati masa yang ditetapkan

DON’Ts (Yang Patut Dielakkan):

  1. Jangan menghakimi
  2. Jangan paksa orang berkongsi
  3. Jangan beri nasihat tanpa diminta
  4. Jangan ganggu dengan telefon/gadget
  5. Jangan sampingkan sesiapa
  6. Jangan bawa konflik luar ke dalam kumpulan

Apa Yang Berlaku Dalam Siri 1?

Sesi berjalan tertutup, dengan breakout room khas lelaki & wanita supaya perbincangan lebih fokus dan menghormati sensitiviti. Isu-isu seperti pressure ulcer, neuropathic pain, cabaran kerjaya, dan perkongsian peribadi dibincangkan penuh empati.

Ruang ini bukan sekadar tempat mendengar, tapi benar-benar untuk merasai bahawa anda difahami. Semua diberi peluang meluahkan tanpa rasa dihakimi, membina komuniti sokongan yang tulus.

Apa Yang Menarik Untuk Siri 2?

Siri seterusnya bakal diadakan pada bulan Jun 2025, dengan fokus lebih mendalam kepada:
💬 Ruang selamat untuk cerita sebenar
🤝 Bertemu komuniti yang memahami
🧠 Idea, tip, & sokongan kehidupan
🌷 Rasa dihargai & disokong sepenuh hati

📣 Jom Sertai MASAA Sebagai Ahli Berdaftar!
💰 Yuran seumur hidup: RM30 sahaja
📝 Daftar sekarang:
🌐 https://forms.gle/o4vd31cvANkTJCLu9

Bersama MASAA, kita bukan hanya belajar, kita bina kekuatan bersama! Jangan lepaskan peluang untuk jadi sebahagian daripada perjalanan hebat ini.