MASAA Di Meta Wearrables CSO Rountable Engagement: Suara Komuniti SCI dalam Teknolog Inklusif

Sesi Meta Wearables CSO Roundtable Engagement bersama pertubuhan masyarakat sivil di Meta Malaysia HQ
Suasana sesi meja bulat bersama wakil pertubuhan masyarakat sivil.

Persatuan Advokasi Kecederaan Saraf Tunjang Malaysia (MASAA) telah menerima jemputan untuk menyertai Meta Wearables CSO Roundtable Engagement yang berlangsung pada Rabu, 28 Oktober 2026 di Meta Malaysia HQ.

MASAA telah diwakili oleh Pengerusinya, Saudara Mohd Rizal bin Mat Noor. Sesi meja bulat ini dianjurkan oleh Meta dengan penyelarasan Ratio Cause Sdn Bhd, dan menghimpunkan pertubuhan masyarakat sivil, penyokong aksesibiliti serta wakil komuniti orang kurang upaya (OKU).

Fokus Perbincangan

Sesi ini memberi tumpuan kepada usaha menjadikan maklumat, komunikasi dan aktiviti harian lebih mudah diakses oleh OKU. Antara objektif perbincangan:

  1. Memahami keperluan dan pengalaman harian komuniti yang memerlukan sokongan aksesibiliti.
  2. Membincangkan halangan sedia ada serta jurang dalam teknologi semasa.
  3. Meneroka bagaimana peranti Meta Wearables boleh membantu meningkatkan aksesibiliti dalam kehidupan harian.
Pembentangan AI for All: An Accessibility Experience with Meta's AI Glasses
Pembentangan “AI for All”.
Slaid ciri-ciri cermin mata AI Meta seperti kamera HD dan pembesar suara terbuka
Ciri-ciri cermin mata AI Meta.

Teknologi AI untuk Semua

Sesi dimulakan dengan pembentangan bertajuk “AI for All: An Accessibility Experience with Meta’s AI Glasses”, yang memperkenalkan cermin mata pintar berkuasa AI keluaran Meta. Antara ciri yang diperkenalkan ialah pembesar suara terbuka di telinga, kamera HD dan fungsi perbualan yang jelas.

Bagi komuniti kecederaan saraf tunjang (SCI), khususnya individu yang mempunyai keupayaan tangan yang terhad, teknologi yang boleh digunakan tanpa memegang telefon berpotensi memudahkan urusan harian seperti mendapatkan maklumat dan berkomunikasi.

Penyertaan MASAA dalam sesi ini memastikan suara dan keperluan komuniti SCI turut diambil kira dalam pembangunan teknologi yang lebih inklusif.

Teknologi yang inklusif bermula apabila suara komuniti didengari.

MASAA merakamkan penghargaan kepada Meta dan Ratio Cause Sdn Bhd atas jemputan ini, dan akan terus memperjuangkan akses yang saksama kepada teknologi bagi individu dengan kecederaan saraf tunjang.

Jom Sertai MASAA!

Sertai komuniti MASAA untuk mendapatkan sokongan, maklumat terkini, dan terlibat dalam program-program advokasi kami. Bersama kita tingkatkan kualiti hidup individu dengan kecederaan saraf tunjang.

Sertai Sekarang

Untuk maklumat lanjut, hubungi MASAA di info@masaa.org.my atau layari www.masaa.org.my.