Kenapa Hari Kecederaan Saraf Tunjang di Sambut?

Catatan dari Facebook BASRI HUSIN

Nampak macam sesuatu yang agak pelik bila ada sambutan untuk orang yang mengalami kecederaan saraf tunjang atau untuk mereka yang lumpuh.

Terdapat banyak sebab sambutan ini di adakan sebagai suatu peringatan bagi orang yang mengalami Kecederaan Saraf Tunjang.

Dalam tinjauan yang dilakukan Newsletter NM pada tahun lepas, menghasilkan beberapa penemuan yang menarik. Daripada 94 orang yang menjawab kajian soal selidik, 65 % mengatakan bahawa mereka meraikan ulang tahun SCI.

Umur peserta tinjauan adalah antara 23 hingga 80 tahun, dan bilangan tahun sejak mengalami kelumpuhan adalah sekitar 1 hingga 66 tahun.

Namun, dapatan paling menarik dari tinjauan ini adalah majoriti orang yang meraikan ulang tahun SCI sangat membantu aktiviti kehidupan mereka.

Persoalannya kenapa?

Ini kerana ada kalangan mereka yang mengambil sikap positif kehidupan sebagai seorang yang lumpuh setelah terselamat dari sesuatu kemalangan atau seumpamanya.

Beberapa penyelidik dari Jabatan Psikologi di University of North Carolina, Chapel Hil telah mengemukakan teori yang dikenali sebagai Posttraumatic Growth  yang menerangkan tingkah laku yang tidak benar.

Dalam ertikata lain ialah menghadapi trauma dan persitiwa hitam peribadi yang dapat memberi kita peluang untuk menghargai kehidupan dan bersyukur atas apa yang kita miliki, walaupun ia memerlukan bertahun-tahun perjuangan, kekecewaan, dan tempoh kemurungan.

Sebenarnya, semakin besar perjuangan tersebut semakin tinggi nilai yang dimiliki seseorang atas apa yang beliau hadapi.

Berdasarkan kajian dan tinjauan ini, orang yang mengalami lumpuh atau kecederaan saraf tunjang samaada dari kemalangan, penyakit, jatuh dan seumpamanya seharusnya bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik.

 Sikap positif dan tidak mudah mengalah adalah kunci utama untuk berasa yakin dalam kehidupan seharian walaupun dalam keadaan berkerusi roda

Selamat Hari Kecederaan Saraf Tunjang Sedunia 2018

Basri Husin
(Orang Yang Mengalami Kecederaan Saraf Tunjang)