JANNAH DAN FIRDHAUS, PASANGAN SWEET SPINAL CORD INJURY (SCI)

Jannah dan Firdhaus Pasangan Sweet SCI

Sesuai dengan nama mereka iaitu Jannah & Firdaus, pasangan ini sentiasa sweet walaupun keduanya berkerusi roda disebabkan kecederaan saraf tunjang (Spinal Cord Jnjury – SCI) yang dialami.

Muhammad Firdhaus Bin Hasan yang berumur 26 tahun telah mengalami kemalangan pada tahun 2011 sehingga menyebabkan beliau lumpuh (spinal cord injury C5) dan didiagnos sebagai tetraplegia Asia A. 

Manakala Nurul Jannah binti Roh juga seorang OKU paraplegia sejak Mac 2012 disebabkan Multiple Sclerosis. 

Kisah Inspirasi Jannah dan Firdhaus Pasangan Sweet SCI
Kisah Inspirasi Jannah dan Firdhaus Pasangan Sweet SCI
Kisah Inspirasi Jannah dan Firdhaus Pasangan Sweet SCI

Mereka telah berkahwin pada 6.7.2018 yang lalu. Sejak daripada itu, Jannah banyak menguruskan suaminya walaupun Jannah sendiri berada di atas kerusi roda. Pada masa yang sama juga, Jannah selalu membawa Firdhaus ke hospital untuk mendapatkan rawatan di samping membantu beliau membuat excersise di rumah.  

Walaupun Jannah sibuk dalam perniagaan beliau, tetapi ia tidak menghalang tanggungjawab beliau dalam menguruskan Firdhaus di rumah. 

Jannah pernah berkongsi satu video bagaimana beliau menguruskan Firdhaus di rumah yang banyak  memberi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain. 

Jannah berharap agar suatu hari nanti, Firdaus dapat berdikari dan menguruskan diri sendiri walaupun menggunakan “transfer board” untuk aktiviti seharian.

Sementara itu, dalam satu posting di Facebook sempena menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama, Firdaus memuat satu status yang bertajuk “Hikayat Putera Tetraplegia & Puteri Paraplegia♥️” 

Firdaus menceritakan bagaimana pertemuan pertama kali beliau dengan Jannah yang membawa mereka ke jinjang pelamin. 

"Happy Anniversary syg ku... ckup setahun dh hari ni usia perkahwinan kite.. Terima kasih sebab balas cinta abg selepas seminggu kite kenal dulu kalau tak silap pertama kali kite jumpe dulu kat klinik rehab... dari situ bermulalah episod cinta kite sampai sekarang😘.. "

Firdhaus
Kisah Inspirasi Jannah dan Firdhaus
Kisah Inspirasi Jannah dan Firdhaus
Kisah Inspirasi Jannah dan Firdhaus

Sebelum itu, Firdaus menulis bagaimana orang ramai yang bertanyakan kehidupan pasangan ini yang berkerusi roda. Ini jawabnya;

"Macam mana nak hidup kalau dua2 pakai kerusi roda?"-soalan lazim yang selalu keluar dari mulut org.. hehe Setahun dah berlalu, alhamdulillah kami masih hidup😅.. bab ajal maut, jodoh, rezeki semua dari Allah s.w.t.. lagi kan ulat dalam batu pun boleh hidup, ni kan pulak kite manusia ade akal fikiran…" 

Firdhaus

Selepas berkahwin, Firdhaus banyak mengenali tentang erti pengorbanan, kesabaran dan kecekalan Jannah sebagai seorang Isteri. Jannah juga banyak mengubah cara berfikir Firdhaus untuk lebih mengetahui tentang ilmu agama, belajar mengaji dan cara hidup bersyukur. Jannah pernah berpesan kepada Firdhaus;

"kite kne yakin dgn ape yg Tuhan anugerahkn kat kite, satu je kite jgn lupe Dia, isyaAllah yg pelangi pasti muncul slepas hujan"...

Jannah

Harapan Firdhaus agar beliau dan isterinya terus bersemangat dan bangkit menjadi OKU yang setanding dengan orang “normal” yang lain. 

"Terima kasih sebab sanggup berkorban ape saje untuk abg walaupun disaat sakit syg datang menyerang tetap syg kuat kan diri untuk uruskan abg... syg bg abg semangat untuk terus bangkit, InsyaAllah nanti kite jadi Oku yang berjaya setanding org2 normal👍💪.." 

Firdhaus

Jannah dan Firdhaus merupakan antara pasangan pertama yang berkahwin antara tetraplegia dan paraplegia. Kebiasaannye individu bukan OKU berkahwin dengan paraplegia atau tetraplegia ataupun paraplegia dengan pasangan paraplegia juga. Tetapi pasangan Jannah dan Firdhaus merupakan pasangan yang istimewa sekali.

“Cinta mampu menerima kekurangan & cinta juga  saling melengkapi kekurangan”

Semoga kedua pasangan ini terus positif dalam menempuhi hari-hari berikutnya.

Follow Us on Social Media