[ARTIKEL] 10 Perkara Mesti-Tahu Tentang Penuaan dengan Kecederaan Saraf Tunjang

Penuaan adalah proses semula jadi, namun bagi individu dengan kecederaan saraf tunjang (SCI), ia datang dengan cabaran tambahan. Artikel ini membincangkan 10 aspek penting yang perlu diketahui untuk meningkatkan kualiti hidup.

1. Imuniti Semakin Lemah

Kecederaan saraf tunjang menekan sistem imun (SCI-IDS), menyebabkan keradangan berpanjangan dan immunosuppression. Akibatnya, individu mudah dijangkiti pneumonia, UTI, sepsis, dan ulser tekanan. Penjagaan kulit, pemantauan pernafasan, dan pundi kencing sangat penting untuk pencegahan.

2. Tahap Kefungsian Fizikal dan Kognitif Merosot

Kekuatan otot, keseimbangan, dan kebolehan bergerak menurun. Peralatan seperti kerusi tangga, lif angkat, atau sokongan penjagaan diperlukan. Kognitif seperti ingatan dan tumpuan juga boleh terjejas.

3. Nisbah Lemak:Otot Meningkat

Stress meningkatkan hormon kortisol, emecahkan otot dan meningkatkan lemak badan. Ini meningkatkan risiko diabetes dan obesiti. Penting untuk kawal stress, amalkan pemakanan sihat, dan lakukan senaman ringan.

4. Kapasiti Pundi Kencing Menurun

Gangguan refleks kencing bergantung pada lokasi kecederaan, menyebabkan inkontinens atau pengekalan urin. Kateterisasi dan pemantauan jangkitan adalah rawatan utama.

5. Pergerakan Usus Semakin Perlahan

Peristalsis menurun, menyebabkan sembelit atau komplikasi serius seperti kanser usus. Diet tinggi serat, air yang cukup, dan aktiviti fizikal adalah penyelesaian utama.

6. Diet Perlu Dikaji

Keperluan nutrisi berubah dengan usia. Diet seimbang dengan protein, serat, dan pengurangan Dietary AGEs membantu mengelak komplikasi seperti diabetes atau penyakit usus.

7. Risiko Penyakit Kronik Semakin Meningkat

SCI menambah risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, strok, dan diabetes, selain faktor tradisional seperti hipertensi dan obesiti. Pemantauan kesihatan berkala sangat disarankan.

8. Penurunan Fungsi Otot/Sendi Akibat Wear & Tear

Penggunaan berlebihan anggota atas akibat kerusi roda menyebabkan kehausan sendi. Penggunaan peralatan mobiliti yang betul serta fisioterapi penting untuk pencegahan.

9. Peralatan Rehabilitasi Perlu Dikaji Semula

Penyesuaian alat seperti kerusi roda, kusyen, atau lif angkat diperlukan bagi menampung perubahan fizikal pengguna untuk kekal selesa dan selamat.

10. Emosi & Hormon Berubah

Perubahan hormon akibat stress boleh meningkatkan risiko kemurungan dan kebimbangan. Sokongan psikososial dan pemantauan kesihatan mental adalah penting.

Dengan memahami faktor-faktor ini, individu dengan SCI dapat merancang langkah penjagaan yang lebih baik demi memastikan penuaan yang sihat dan berkualiti.

SUMBER: WEBINAR MASAA

Rakaman penuh webinar