AGM MASAA KE-5 Dan Majlis Hari Raya 2025

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-5 & Majlis Hari Raya Aidilfitri MASAA 2025 Berlangsung Penuh Jayanya

Share This Article

Ahad, 27 April 2025 menjadi tarikh bersejarah bagi Persatuan Advokasi Kecederaan Saraf Tunjang Malaysia (MASAA) apabila Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kali Ke-5 dan Majlis Hari Raya Aidilfitri 2025 telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang.

Bertempat di Bilik Konferen 3, Tingkat 13, Menara Selatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan disiarkan secara hibrid melalui ZOOM, majlis ini menghimpunkan lebih 100 ahli, komuniti SCI, pasukan rehabilitasi, serta rakan-rakan strategik MASAA

Agenda Mesyuarat: Kuat Bersama, Maju Bersama

Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Penasihat MASAA diikuti ucapan Pengerusi, pembentangan laporan tahunan, laporan kewangan, perbahasan usul-usul bertulis, serta pemilihan Jawatankuasa MASAA bagi sesi 2025–2027.

Senarai Jawatankuasa baharu yang dilantik bagi sesi seterusnya adalah 

Pengerusi: Mohd Rizal Bin Mat Noor
Timbalan Pengerusi: Hamidah Binti Hassan
Setiausaha: Dr. Basri Bin Husin
Timbalan Setiausaha: Dr. Noor Khairiyah Binti Mustafa
Bendahari: Azhari Bin Ibrahim
Timbalan Bendahari: Prof Madya Ts. Dr. Mohd Sharizal Bin Abdul Aziz

Ahli Jawatankuasa (AJK):

  1. Kamal Bin Ishak

  2. Nur Hidayah Binti Badaruddin

  3. Mohd Rosdi Bin Osman

  4. Mohd Nazrulshah Bin Shamsul Bahar

  5. Muhammad Redzuan Bin Mokhtar

  6. Fadzli Bin Mahmud

  7. Ku Ghazali Bin Ku Yakub

Majlis Hari Raya Aidilfitri: Memperkukuh Silaturrahim

Seusai mesyuarat, suasana diraikan dengan Majlis Hari Raya Aidilfitri MASAA 2025 yang membawa kegembiraan, ramah mesra, serta peluang untuk mengeratkan silaturrahim antara ahli, keluarga SCI dan rakan strategik. Tetamu turut disajikan dengan pelbagai juadah istimewa raya, penuh dengan senyuman dan semangat inklusif.


Penghargaan & Harapan

MASAA ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli, tetamu, penyumbang, sukarelawan serta pihak pengurusan PPUM atas sokongan dan kerjasama yang tidak ternilai dalam menjayakan majlis ini.

Tahniah juga diucapkan kepada Jawatankuasa MASAA sesi 2025–2027 yang telah dilantik. Semoga amanah ini dapat dijalankan dengan penuh dedikasi untuk terus memperjuangkan hak, suara, dan kesejahteraan komuniti kecederaan saraf tunjang di Malaysia.

Gambar Kenang-kenangan

 

Lebih banyak gambar di Facebook Masaa

https://www.facebook.com/share/p/18cjQ2edrT/