Webinar MASAA 2026 Siri 1: Wanita, Ibu dan SCI Sempena Hari Ibu 2026

Peserta Webinar MASAA 2026 Siri 1 Wanita, Ibu dan SCI dalam sesi Zoom
Antara peserta yang menyertai webinar melalui Zoom.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah meluangkan masa pada Sabtu, 9 Mei 2026 untuk menyertai Webinar MASAA 2026 Siri 1: “Wanita, Ibu dan SCI” yang diadakan bersempena Hari Ibu 2026. Webinar ini berlangsung secara dalam talian melalui Zoom dan siaran langsung Facebook MASAA.

Webinar ini merupakan sesi pertama Siri Webinar MASAA 2026 bertemakan “Kesihatan, Kesejahteraan dan Advokasi SCI Malaysia”, dianjurkan oleh Persatuan Advokasi Kecederaan Saraf Tunjang Malaysia (MASAA) dengan kerjasama Persatuan Spinal Pantai Timur Malaysia (PSPT).

Seramai 134 peserta telah mengesahkan kehadiran, terdiri daripada jururawat, doktor perubatan, jurupulih fisioterapi dan jurupulih cara kerja, individu dengan kecederaan saraf tunjang (SCI), ahli keluarga, guru, pegawai awam serta wakil NGO dan sukarelawan.

Poster Webinar MASAA 2026 Siri 1 Wanita, Ibu dan SCI bersempena Hari Ibu 2026
Poster webinar.
Prof. Dr. Nazirah Hasnan bersama moderator Dr. Noor Khairiyah Mustafa semasa webinar
Penceramah bersama moderator.

Penceramah dan Moderator

Perkongsian disampaikan oleh Prof. Dr. Nazirah Hasnan, Pakar Perunding Perubatan Pemulihan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Sesi dikendalikan oleh Dr. Noor Khairiyah Mustafa, Penolong Setiausaha MASAA, selaku moderator.

Apa yang Dikongsikan

Prof. Dr. Nazirah menegaskan bahawa kecederaan saraf tunjang tidak mengubah identiti dan sifat kewanitaan seseorang. Wanita dengan SCI masih berkebolehan untuk berpasangan, mengandung, melahirkan anak serta menjaga dan membesarkan anak. Antara topik yang disentuh:

  1. Wanita, keibuan dan kehidupan selepas SCI.
  2. Penjagaan selepas bersalin, termasuk persediaan awal, adaptasi psikologi, penyusuan bayi dan tempoh pantang.
  3. Strategi dan sokongan untuk ibu dengan tetraplegia, termasuk bantuan jurupulih cara kerja dan kaunselor rakan sebaya.
  4. Cabaran kesihatan wanita dengan SCI apabila usia meningkat.
Slaid pembentangan Wanita, Ibu dan SCI oleh Prof. Dr. Nazirah Hasnan
Slaid pembukaan pembentangan.
Slaid penjagaan selepas bersalin bagi wanita dengan kecederaan saraf tunjang
Penjagaan selepas bersalin bagi ibu dengan SCI.

Sesi diakhiri dengan soal jawab interaktif dan sesi bergambar secara dalam talian bersama peserta.

Kecederaan saraf tunjang tidak mengubah identiti seorang wanita dan ibu.

Terima kasih kepada Prof. Dr. Nazirah Hasnan, Dr. Noor Khairiyah Mustafa, rakan kerjasama PSPT, urus setia dan semua peserta yang menjayakan webinar ini. Selamat Hari Ibu kepada semua ibu, khususnya wanita dan ibu dalam komuniti SCI.

Jom Sertai MASAA!

Sertai komuniti MASAA untuk mendapatkan sokongan, maklumat terkini, dan terlibat dalam program-program advokasi kami. Bersama kita tingkatkan kualiti hidup individu dengan kecederaan saraf tunjang.

Sertai Sekarang

Untuk maklumat lanjut, hubungi MASAA di info@masaa.org.my atau layari www.masaa.org.my.

1 thought on “Webinar MASAA 2026 Siri 1: Wanita, Ibu dan SCI Sempena Hari Ibu 2026”

  1. Pingback: Wanita, Ibu dan SCI: Panduan Kehamilan, Penyusuan dan Keibuan Selepas Kecederaan Saraf Tunjang – Malaysian Spinal Cord Injury Advocacy Association

Comments are closed.