






ABOUT US
PERSATUAN ADVOKASI KECEDERAAN SARAF TUNJANG MALAYSIA (MALAYSIAN SPINAL CORD INJURY ADVOCACY ASSOCIATION – MASAA) merupakan sebuah badan advokasi peringkat kebangsaan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966.
Persatuan ini telah didaftarkan secara rasmi pada 24 Julai 2018.
Misi
Memperkasakan individu yang mengalami kecederaan saraf tunjang (SCI) di Malaysia ke arah masyarakat yang inklusif melalui sokongan, advokasi hak, dan pendidikan.
Visi
Menjadi suara utama dan penggerak perubahan bagi komuniti kecederaan saraf tunjang di Malaysia, mewujudkan persekitaran yang tanpa halangan dan menyokong kesejahteraan holistik.
Fokus Utama
MASAA memberi tumpuan kepada:
- Advokasi hak akses
- Program-program komuniti untuk memperkasakan ahli
- Sokongan kesihatan mental
- Pendidikan mengenai hak-hak individu SCI
Nilai Teras
Dalam menjalankan operasinya, MASAA berpegang kepada nilai-nilai:
- Inklusiviti
- Kesaksamaan
- Pemberdayaan
- Kolaborasi
Kami berharap agar persatuan ini dapat terus menyumbang secara positif kepada pembangunan komuniti SCI dan OKU di Malaysia ke arah peningkatan kualiti hidup dan masyarakat yang lebih inklusif.
COMMITTEE MEMBERS
Siapa Kami
MASAA berdedikasi untuk berkhidmat kepada individu yang mengalami kecederaan saraf tunjang (SCI) di Malaysia, keluarga mereka, serta pihak-pihak berkepentingan yang menyokong komuniti ini.
Jawatankuasa MASAA
- Mohd Rizal Bin Mat Noor (Pengerusi)
- Hamidah Binti Hassan (Timb. Pengerusi)
- Dr Basri Bin Husin (Setiausaha)
- Dr Noor Khairiyah Binti Mustafa (Pen. Setiausaha)
- Azhari Bin Ibrahim (Bendahari)
- Dr Mohd Sharizal Bin Abdul Aziz (Pen. Bendahari)
- Muhammad Kamal Bin Ishak (AJK)
- Nur Hidayah Binti Badaruddin (AJK)
- Mohd Rosdi Bin Osman (AJK)
- Mohd Nazrulshah Bin Shamsul Bahar (AJK)
- Muhammad Redzuan Bin Mokhtar (AJK)
- Fadzli Bin Mahmud (AJK)
- Ku Ghazali Bin Ku Yakub (AJK)
